DISEDIAKAN UNTUK : USTAZ FADHILI BIN MUHAMMAD
KELAS : DKA5C
KUMPULAN : 2
DISEDIAKAN
|
MOHD
AFIQ BIN ABDD KALIB
|
02DKA16F1034
|
|
MUHHAMD
SYAFIQ BIN SUHAIMI
|
02DKA16F1024
|
|
MUHAMMAD
HARITH BIN ABD HAMID
|
02DKA16F1144
|
|
MEGAT
IZZUDIN BIN MEGAT SAMSUDIN
|
02DKA16F1038
|
|
MUHAMMAD
ALIF HAKIM BIN ZAKARIA
|
02DKA16F1190
|
|
MUHAMMAD
AIMAN ANIQ BIN RUSZAINI
|
02DKA16F1094
|
|
MUHAMMAD
SYAZWAN BIN ABD MALIK
|
02DKA16F1148
|
MAKSUD
JIRAN
DEFINISI:
Dari segi bahasa atau etimologi, jiran berasal
daripada bahasa Arab yang membawa pengertian orang yang tinggal bersebelahan
atau tetangga.
Dari segi istilah jiran adalah orang-orang
yang tinggal bersebelahan dengan rumah, bersebelahan kampung, daerah malahan
lebih besar daripada itu iaitu jiran yang bersebelahan dengan negara. Jiran
juga bererti ahli-ahli 40 buah rumah setiap penjuru yang mengelilingi rumah
individu. Hal ini sebagaimana hadith riwayat Abu Daud, telah bersabda
Rasulullah s.a.w iaitu :
Maksudnya : “Empat puluh buah rumah tetap
sebagai jiran tetangga”.
Berdasarkan kepada hadith Rasulullah s.a.w
menunjukkan bahawa walaupun jarak daripada rumah seseorang diselangi 40 buah
rumah, ia juga dikira sebagai jiran tetangga. Menurut Ali Ibn Talhah daripada
Ibnu Abbas, jiran membawa pengertian hubungan kekeluargaan atau pertalian
darah. Jiran juga boleh dikatakan sebagai apabila penempatan itu dihuni oleh
manusia yang lain yang juga tinggal berhampiran dengan rumah yang dihuni oleh
kita.
MAKSUD KEJIRANAN DALAM ISLAM
Dewasa ini kita menyaksikan masyarakat semakin
rosak dan porak poranda. Ya, saya tak pernah mengecualikan diri saya. Saya juga
terdedah kepada kerosakan itu. Antara puncaya ialah institusi kekeluargaan dan
kejiranan yg tidak diberikan perhatian sepenuhnya. Kita berbicara tentang isu
kejiranan. Seorang penduduk di sebuah kawasan perumahan misalnya tidak
merasakan dirinya bertanggungjawab untuk mengetahui keadaan sekitar rumahnya.
Rumah jiran dimasuki pencuri. Anak jiran ponteng sekolah, terlibat dengan
gejala sosial. Isteri jiran curang. Seolah-olah dia terlupa bahawa dia juga
sedang terdedah kepada perkara-perkara sedemikian jika terus bertindak tidak
mempedulikan jiran tetangganya.
Saya ingin menulis secara ringkas tentang isu
kejiranan ini. Islam merupakan agama yg syumul. Kejiranan ialah satu cabang
kesyumulan Islam. Allah memerintahkan hamba-hambaNya supaya berbuat baik kepada
jiran tetangga. Firman Allah Taala di dalam Surah An-Nisa' ayat 36 yg
bermaksud:
"Dan sembahlah Allah, dan janganlah kamu
mensyirikkanNya dengan sesuatu pun, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa,
kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yg mempunyai
hubungan kerabat dan jiran tetangga yg bukan kerabat."
Rasulullah sendiri terlalu memandang berat akan hak-hak jiran
dan menggesa supaya berbuat baik kepada mereka. Baginda juga melarang keras
daripada menyakiti dan meyusahkan jiran. Sehingga Rasulullah pernah bersabda:
"Jibril sentiasa berpesan kepada aku tentang hak jiran sehingga aku menyangka dia (jiran) akan mewarisi harta pusaka" Hadith 'Aisyah & Ibnu Umar, Riwayat Bukhari & Muslim.
Nasihat Jibril yg terlalu kerap menyentuh hak-hak jiran
menyebabkan Rasulullah menyangka bahawa jiran juga akan mendapat bahagian dalam
pembahagian harta pusaka. Rasulullah juga bersabda:
"Sesiapa yg beriman dengan Allah Taala dan Hari Akhirat, maka berbuat baiklah kepada jirannya" Hadith Abi Syuraih, Riwayat Bukhari & Muslim.
Maksudnya, selagi mana sesorang itu menganggu jirannya,
memfitnahnya dan melakukan kejahatan kepadanya, maka dia belum dianggap sebagai
seorang Mukmin yg baik. Jiran yg paling berhak untuk dilakukan kebaikannya
ialah yg paling dekat pintunya dengan rumah kita. Oh, semalam kawan saya
mengadu dia telah diludah oleh jiran rumahnya. Astaghfirullah.
PEMBAHAGIAN JIRAN
Islam membahagikan jiran kepada beberapa
bahagian iaitu jiran beragama Islam yang mempunyai pertalian darah, jiran
beragama Islam yang tidak mempunyai pertalian darah dan jiran bukan Islam.
Dalam erti kata lain jiran jauh dan dekat. Hal ini sebagaimana firman Allah
s.w.t dalam surah an-Nisaa’ ayat 36 iaitu :
Maksud-Nya : Sembahlah Allah dan janganlah kamu
mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. dan berbuat baiklah kepada dua orang
ibu-bapa, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang
dekat dan tetangga yang jauh dan teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu.
Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan
diri.
HAK JIRAN YANG PERLU DIPELIHARA
Hak jiran perlu bagi setiap individu untuk
pelihara kerana hal ini adalah selari dengan tuntutan agama. Tidak menyakiti
jiran dan seringkali memelihara keamanan dengan jiran. Hal ini sebagaimana
dalam sabda Rasulullah s.a.w iaitu :
Maksudnya : “Barangsiapa yang beriman kepada
Allah dan hari akhirat maka janganlah dia menyakiti jirannya.
Menghormati jiran dan pengamalan mereka
selagimana tidak membawa mudharat. Sekalipun jiran tersebut bukanlah beragama
Islam maka menghormati dan tidak menganggu kehidupan dan pengamalan mereka
misalnya ibadah mereka dalam agama mereka seperti yang dilakukan oleh
orang-orang Cina dengan meletakkan tokong di luar rumah maka hendaklah
dihormati selagimana tidak membawa bahaya dan mudharat.
Umat Islam yang bertimbang rasa dan menyedari
serta memahami hukum-hukum agama, adalah merupakan manusia yang paling baik
hubungannya terhadap jiran-jirannya. Mereka akan sentiasa mencurahkan segala
bakti demi kebaikan jiran mereka yang merupakan manusia yang paling mereka
kasihi. Islam banyak menyeru umatnya agar sentiasa menjaga dan memelihara
hubungan dengan jiran. Menyedari betapa tingginya kedudukan jiran di dalam
Islam dan peranannya dalam kehidupan kemanusiaan.
Antara hak jiran yang lain yang perlu
dipelihara adalah sentiasa memberi layanan baik dan kasih sayang serta akhlak
yang baik dalam muamalah dengan mereka. Islam mementingkan hubungan mesra dan
layanan baik kepada jiran dan ini terlihat daripada banyak panduan daripada
hadith baginda antaranya ialah daripada riwayat Abu Dzar yang menyebut telah
bersabda Rasulullah s.a.w iaitu :
Maksudnya : Wahai Abu Dzar sekiranya engkau
memasak maraq (sejenis makanan berkuah seperti sup) maka banyakkanlah kuahnya
dan berikan kepada jiran engkau.
Berdasarkan dalil-dalil daripada al-Qur’an dan
hadith, jelas menunjukkan bahawa Islam seringkali menganjurkan dan menyeru
umatnya supaya sentiasa menjaga hubungan dengan jiran tetangga dan memelihara
hak-hak jiran disamping menghormati jiran-jiran bukan Islam selagimana tidak
merosakkan akidah dan akhlak.
BAGAIMANA UNTUK MENGEKALKAN HUBUNGAN BAIK
DENGAN JIRAN
1. Hendaklah mendahulukan ucapan salam kepadanya setiap kali
bertemu
2. Jangan terlalu banyak bertanya kepadanya tentang keadaannya
sehari-hari
3. Menziarahi
dirinya atau kaum keluarganya apabila sakit ataupun ditimpa musibah
4. Tunjukkan bahawa kita
turut berdukacita dan bersimpati jika mereka ditimpa musibah dan bersegera
memberikan pertolongan jika perlu sekalipun tanpa diminta
5. Menyatakan perasaan gembira apabila mereka
memperoleh kesenangan atau kurniaan Allah SWT
6. Ampunilah
segala kesalahan-kesalahan atau keburukkannya, baik dengan apa-apa cara
sekalipun
7. Jangan membuat sesuatu yang tidak menyenangkan jiran kita
umpamanya meletakkan batang kayu di dinding rumahnya
8. Jangan menyempitkan jalan menuju ke rumahnya
9. Jangan mengintai-ngintai apa yang dibawa
olehnya ke dalam rumahnya
10. Tutuplah kecacatan
atau kekurangan yang nampak di matamu dan jangan hebohkan kepada sesiapapun
11.Berikanlah dia semangat untuk terus
berusaha menghadapi kesukaran apabila kesukaran menimpanya
12. Jangan
lalai menjaga rumahnya pada waktu dia tiada atau sedang bermusafir
13. Jangan mendengar
kata-kata orang lain yang mengeji dirinya, yang berupa umpatan atau
berita-berita yang tidak menyenangkan
14. Tundukkan
matamu sewaktu melihat isteri/suaminya
15. Jangan
selalu memandang hamba/pembantu rumahnya
16. Bersikap
lemah lembut terhadap anak-anaknya baik dalam percakapan atau lain-lain
17. Tunjukkan
sesuatu yang tidak diketahui oleh saudaranya, baik yang dalam urusan keduniaan
atau keakhiratan.
KEBAIKAN DAN KEBURUKKAN MEWUJUDKAN HUBUNGAN
BAIK DENGAN JIRAN
KESAN BAIK
DIRI :
|
MASYARAKAT:
|
NEGARA:
|
Diberi petunjuk di dunia dengan ucapkan
kata-kata yang baik
|
Mendapat layanan yang baik dari masyarakat.
|
Menjadi khazanah yang boleh diwarisi.
|
Sikap yang kasar dan keras hati akan
menyebabkan orang akan menjauhkan diri dari kita.
|
Melahirkan masyarakat yang baik,bertanggungjawab
dan penuh amanah.
|
Mengeratkan hubungan silaturrahim serta
menyemarakkan lagi semangat muhibbah.
|
Mengamalkan amalan berbudi bahasa akan
mencerminkan keperibadian seseorang.
|
Menzahirkan rasa hormat antara satu sama
lain.
|
Melahirkan bangsa yang penyayang.
|
KESAN BURUK
Diri
|
Masyarakat
|
Negara
|
Kurangnya kesedaran sivik terhadap harta
benda awam.
|
Keruntuhan akhlak dalam kalangan masyarakat.
|
Pembangunan negara akan terbantut kerana
tiada persefahaman antara masyarakat.
|
Dipandang serong oleh masyarakat.
|
Wujudnya jurang antara golongan tua dengan
golongan muda.
|
Meningkatkan kes jenayah dalam negara.
|
Tidak dipercayai oleh orang sekeliling.
|
Berlakunya perbalahan antara masyarakat.
|
Pandangan serong daripada masyarakat luar.
|
AMALAN BERJIRAN DENGAN JIRAN BUKAN ISLAM
Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya agama Allah (Islam) itu
hanifiyyah dan samahah.” (Riwayat
Bukhari secara mu’allaq, Ahmad)
Hanifiyyah maksudnya lurus dan benar,
samahah maksudnya penuh kasih sayang dan toleransi.
Terhadap orang kafir yang tidak memerangi
Islam ini, telah diajar adab-adab yang unik untuk bergaul dengan mereka,
antaranya:
1. Dianjurkan berbuat baik dalam muamalah dan
pergaulan.
Allah SWT telah berfirman:
{Allah tiada melarang kamu untuk berbuat baik
(dalam urusan dunia) dan berlaku adil terhadap orang-orang (kafir) yang tiada
memerangimu kerana agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu.
Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.” (Al-Mumtahanah :8).
Ayat ini juga merupakan dalil bolehnya
berjual-beli dan berniaga dengan orang kafir selama bukan yang haram.
Rasulullah s.a.w dan para sahabat juga dahulu berniaga dengan orang kafir.
Dari segi pergaulan pula, seorang Muslim boleh
berbuat baik kepada non-Muslim dalam suasana damai dengan membantu dari segi
kewangan, memberi makan, memberi pinjaman, menolong mereka dalam
perkara-perkara yang harus, serta berlemah-lembut dalam tutur kata.
Kita juga boleh menziarahi mereka yang sakit
sama ada di hospital atau di rumah.
Perkara ini jelas sebagaimana hadis yang
diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari bahawa Nabi s.a.w menziarahi anak orang
Yahudi yang sakit dan mengajaknya memeluk Islam.
2. Tidak boleh menyakiti mereka tanpa hak
Haram menyakiti dan mengganggu orang kafir
tanpa hak, apalagi menyakiti atau sehingga membunuh mereka. Bahkan doa orang
kafir yang terzalimi itu mustajab.
Nabi s.a.w bersabda:
“Berhati-hatilah terhadap doa orang
yang dizalimi, walaupun ia non-muslim. Kerana tidak ada penghalang antara Allah
dengannya." (Riwayat
Ahmad, sahih).
Nabi s.a.w juga bersabda: “Sesiapa
yang membunuh seorang kafir mu’ahad (dalam perjanjian damai) tanpa hak, ia
tidak mencium bau syurga.” (Riwayat Ibnu Hibban, sahih).
3. Dianjurkan berbuat baik kepada jiran kafir
Nabi s.a.w bersabda: “Jibril
sentiasa mewasiatkan aku untuk berbuat baik kepada jiran sehingga aku menyangka
ia akan dapat mewarisi dariku.” (Muttafaqun ‘alaihi).
Perkataan jiran di sini bermaksud umum, sama
ada jiran yang Muslim mahupun kafir. Inilah bentuk toleransi yang indah yang
diajarkan oleh Islam.
4. HAD TOLERANSI TERHADAP NON-MUSLIM.
Toleransi juga ada hadnya. Dalam hal ibadah
dan aqidah pasti tidak ada ruang untuk toleransi. Bahkan seluruh agama tentu
tidak membenarkan penganutnya untuk meyakini aqidah agama lain, atau beribadah
dengan ibadat agama lain.
Demikian juga Islam, bahkan telah jelas
termaktub dalam Al-Quran yang bermaksud:
“Untukmu agamamu, dan untukku, agamaku.”(Al-Kafirun: 6).
Maka terdapat beberapa perkara yang perlu
diingat dalam bergaul dengan non-muslim:
1. Wajib membenci ajaran kekufuran dan orang
kafir
Hakikat ajaran Islam adalah berserah diri
kepada Allah dengan mentauhidkan-Nya, dan taat terhadap perintahnya-Nya dan
menjauhi larangan-Nya, serta berlepas diri daripada kesyirikan dan orang
musyrik. Ini adalah natijah dari ucapan syahadah kita.
Maka tidak mungkin kita sebagai seorang yang
beriman kepada Allah dan mentauhidkan Allah; mengakui dan berlapang dada
terhadap ajaran yang menyatakan ada sembahan selain dari Allah, tidak membenci
kekafiran dan tidak membenci ajaran kekafiran dan kemusyrikan.
Allah Ta’ala berfirman:
“Tidak akan kamu dapati kaum yang beriman
kepada Allah dan hari Akhir, mereka berkasih-sayang kepada orang yang menentang
Allah dan Rasul-Nya.” (Al-Mujadalah: 22).
Kita mesti kuatkan aqidah dan keyakinan agama
kita, kerana itu, Nabi s.a.w mengajarkan kita doa ini:
“Ya Allah perelokkanlah agama kami, yang
merupakan perisai urusan kami.” (Riwayat Muslim).
Kerana urusan agama dan keyakinan inilah yang
akan menjadi perisai kita dari api neraka kelak.
2. Tidak boleh menjadikan orang kafir sebagai
auliya'.
Auliya' dalam bentuk jamak dari wali iaitu
orang yang lebih dicenderungi untuk diberikan pertolongan, rasa sayang dan
sokongan. (Aysar At-Tafasir: 305).
Dalam Al-Quran, banyak sekali ayat yang
melarang kita menjadikan orang kafir sebagai auliya'.
Di antaranya firman Allah SWT yang
bermaksud:
{Janganlah orang-orang mukmin mengambil
orang-orang kafir menjadi auliya' dengan meninggalkan orang-orang mukmin.
Sesiapa berbuat demikian, nescaya lepaslah ia daripada pertolongan Allah
kecuali kerana (helah untuk) memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti dari
mereka. Dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri(siksa)-Nya. Dan hanya
kepada Allah kembali (mu).” (Al Imran: 28).
Maka anjuran berbuat baik dan ihsan kepada
jiran kafir atau orang kafir secara umum, hanya setakat perbuatan baik yang
wajar, tidak boleh sehingga menjadikan mereka orang yang dekat di hati,
sahabat, orang kepercayaan atau yang dicenderungi untuk diberikan kasih sayang,
apalagi menjadikan orang kafir sebagai pemimpin. Wallahul musta’an.
3. Tidak boleh menyerupai orang kafir
Nabi s.a.w bersabda:
“Orang yang menyerupai suatu kaum, maka ia
sebahagian dari kaum tersebut.” (Riwayat Abu Daud, hasan).
Yang dilarang di sini adalah menyerupai mereka
dalam sesuatu perkara dan sifat yang khas bagi mereka, sama ada dalam ibadah,
cara berpakaian, kebiasaan, adat dan lainnya. Kerana ini menunjukkan tidak
adanya bara-ah (kebencian) terhadap ajaran kufur dan orangnya. Juga kerana
meniru mereka dalam perkara zahir akan menyeret kita untuk meniru mereka dalam
perkara batin iaitu aqidah.
Termasuk juga dalam hal ini, tidak boleh memakai
simbol-simbol agama lain.
Nabi Muhammad s.a.w ketika melihat 'Adi bin
Hatim r.a memakai rantai salib, Baginda bersabda:
"Wahai ‘Adi, buang berhala yang
ada di lehermu.” (Riwayat
At-Tirmizi, hasan).
Termasuk dalam larangan ini juga, tidak boleh ikut
merayakan perayaan orang kafir.
Khalifah Umar bin al-Khathab r.a pernah
berkata:
“Janganlah kamu memasuki tempat ibadat non
muslim di gereja-gereja mereka pada hari raya mereka. Kerana pada waktu itu
sedang turun kemurkaan Allah.” (Riwayat Abdurrazaq).
5. Muslim dan kafir bukan saudara dan tidak
saling mewarisi
Tidak dibolehkan memanggil “wahai saudaraku,”
kepada non-muslim kecuali jika dia memang saudara kandung atau saudara
sepersusuan. Kerana jika persaudaraan nasab (keturunan) atau persusuan
dinafikan maka tidak ada persaudaraan yang tinggal kecuali persaudaraan kerana
agama. Seorang kafir bukanlah saudara bagi seorang Muslim dalam agamanya.
Ingatlah perkataan Nabi Allah Nuh dalam
Al-Quran yang bermaksud:
{"Wahai Tuhan, sesungguhnya anakku
termasuk keluargaku, dan sesungguhnya janji Engkau itulah yang benar. Dan
Engkau adalah Hakim yang seadil-adilnya.“ Allah berfirman: "Wahai Nuh,
sesungguhnya dia bukanlah termasuk keluargamu”.” (Hud: 45-46).
(Majmu’ Fatawa wa ar-Rasail).
Seorang muslim juga tidak mendapat bahagian
(mewarisi harta) dari keluarganya yang meninggal dalam keadaan kafir, serta
sebaliknya.
Nabi s.a.w bersabda:
“Seorang Muslim tidak mewarisi dari seorang
kafir dan seorang kafir tidak juga mewarisi dari seorang Muslim.” (Muttafaqun ‘alaih).
Dan beberapa batasan lagi yang tidak mungkin
kami bahas semuanya dalam kesempatan ini.
6. Yang terakhir tetapi tidak kurang pentingnya
adalah kita berharap dan berusaha agar orang kafir mendapat hidayah.
Hendaklah memberi kesempatan kepada
orang-orang kafir untuk mendengar kalamullah. Mungkin mereka tidak beriman
kepada Allah SWT kerana belum pernah mendengar firman Allah.
Allah SWT berfirman:
{Dan jika seseorang dari orang-orang musyrikin
itu meminta perlindungan kepadamu, maka lindungilah ia supaya ia sempat
mendengar firman Allah. Kemudian hantarkanlah ia ke tempat yang aman baginya.
Demikian itu disebabkan mereka kaum yang tidak mengetahui.” (At-Taubah: 6)
Maka hendaklah seboleh mungkin mengajaknya
kepada agama Allah dan menjelaskan hakikat Islam, sepadan dengan ilmu yang kita
miliki, setakat yang kita mampu. Kerana ini adalah perbuatan baik yang paling
baik terhadap mereka.
Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Sesiapa
yang menunjukkan kepada hidayah maka dia mendapat pahala seumpama
penerimanya." (Riwayat Muslim).
Demikianlah beberapa adab yang harus dipegang
teguh oleh orang Islam dalam hubungannya dengan non-Muslim. Islam telah
mengajar toleransi yang indah terhadap orang kafir, namun ia tetap ada
batasannya. Kaum mukminin adalah kaum yang pertengahan, tidak berlebihan namun
tidak juga tidak terlalu meremehkan.
PENUTUP
Perpaduan antara kaum adalah kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara
kita. Tanpa perpaduan, negara akan berada dalam keadaan kucar kacir dan
masyarakat tidak lagi dapat hidup dalam aman damai. Bagi mempastikan perpaduan
dan kemakmuran ini kekal ianya perlu dimulai dengan hubungan baik sesama jiran.
Jiran yang baik adalah jiran yang berjaya memupuk semangat tolenrasi, percaya
mempercayai dan perkongsian bijak antara mereka. Sekiranya ini diabaikan maka
lambat-laun ia akan mencetuskan bibit-bibit permusuhan dan perkauman yang
akhirnya merebak kepada huru-hara, perpecahan dan perbalahan.
Kesimpulannya ialah, ajaran Islam menuntut kita bercampur gaul
dan bermesra dengan masyarakat. Salah satu kumpulan manusia yang memainkan
peranan besar meningkatkan kebahagiaan keluarga ialah jiran. Jiran yang tinggal
dalam lingkungan rumah kita adalah orang yang paling hampir dan yang paling
layak untuk memberi bantuan dan pertolongan. Berdasarkan besar peranan jiran
ini, maka suka penulis cadangkan agar kita kembali kepada Al-Quran dan
Al-Sunnah dalam menjaga silaturarahim dan adab-adab terhadap jiran tetangga.
Dalam hal ini Islam memberi penghargaan yang tinggi kepada jiran.

Comments
Post a Comment